Minggu lalu, dalam perbincangan mencari solusi melibatkan isu menaiktaraf sistem, dikenalpasti satu proses penting yang berkait rapat dengan S.O.P

Kenapa S.O.P itu sangat penting?
+ menjamin intergriti data-data penting
+ melahirkan keseragaman proses
+ mewujudkan budaya kerja yang sistematik

Impak nya
+ memudahkan pencarian data
+ maklumat tepat utuk data analisis
+ melancarkan perlaksanaan tugasan

Ada kala, S.O.P sudah wujud tetapi perlaksanaan nya pula tidak dipantau.

Apabila melibatkan data yang terlalu besar, perlaksanaan S.O.P menjadi sangat kritikal.

S.O.P bukan kerja mudah. Bukan perkara buat sekali saja seumur hidup.

Ia tugasan berterusan.

+ Penyedia S.O.P perlu sensitif dengan perubahan suasana tugasan.

+ Setiap perubahan perlu diuji dan disahkan kesesuaiannya.

+ Penerangan atau latihan perlu diberikan kepada pelaksana.

+ Untuk tugasan penting, perlu pastikan ada penyemak.

‪#‎koordinator‬

You may also like

Leave A Comment

Please enter your name. Please enter an valid email address. Please enter message.