Diberhentikan Kerja.  Apa nak buat?

Dua minggu yang lepas terima berita dari seorang rakan yang terpaksa diberhentikan kerja akibat kegawatan yang dialami oleh syarikat tempat beliau bekerja. Notis pendek.

Fuhhhh… berat telinga yang mendengar berat lagi perasaan mereka yang mengalaminya.

Bagaimana mahu membantu?

Memberikan sokongan moral dan kata-kata yang menaikkan self-esteem, mungkin dapat membantu sedikit sebanyak emosi rakan yang diberhentikan kerja.

Apapun, hidup perlu diteruskan. Perbelanjaan harian , bulanan dan tahunan perlu difikirkan.

Dalam situasi sebegini, secara amnya, ramai individu yang terlibat akan memilih untuk memulakan perniagaan. Mungkin menggunakan platform Multi-Level-Marketing atau mengambil sijil berkaitan pengurusan kewangan sebagai perunding insuran dan unit amanah. Mungkin juga menceburi bidang perniagaan bersendiri ataupun bersama rakan kongsi.

Apa kami boleh bantu?

Merasai apa emosi mereka yang melalui situasi diberhentikan kerja ini, kami mengadakan program MasterClass BMC ini untuk menyelesaikan beberapa masalah yang dihadapi.
Antaranya:

Situasi 1

Memulakan bisnes dengan menyertai syarikat MLM dan kini sedang memikirkan bagaimana mahu menghabiskan produk.

Situasi 2

Sudah memiliki sijil perunding kewangan dan kini tidak pasti jalan terbaik melaksanakannya.

Situasi 3

Sudah melaburkan sejumlah wang simpanan membuka perniagaan dan kini mencari jalan untuk mengekalkan perniagaan.

Setiap apa pun kerjaya yang kita jalankan, perlu adanya “hala tuju” yang nyata.

1. RUNGKAI MATLAMAT MASA DEPAN & EMOSI YANG MENGGERAKKAN.

2. LAKARAN JELAS SETIAP PERLAKSANAAN.

Kami kongsikan kepakaran kami. In sha Allah.

 

Didoakan semua rakan yang telah diberhentikan kerja ketika masalah kegawatan ini, akan sentiasa dipermudahkan urusan mereka menjalankan kehidupan. Amiin.

You may also like

Leave A Comment

Please enter your name. Please enter an valid email address. Please enter message.