Ramai berkata, kehidupan ialah sebuah perjalanan yang tidak pernah berhenti. Tatkala ia berhenti, itu MATI.

Dalam sebuah buku yang dibaca, perjalanan tanpa henti ini membuat manusia akan sentiasa merencana untuk merubah kehidupan mereka kepada yang lebih baik.
Ya, benar. Rata-rata mereka yang berjaya, akan sentiasa menambahbaik diri, tanpa mengira sebagus manapun keadaan mereka pada ketika itu.
Dalam hati berkata, sudah tentu semua orang begitu. Tak semestinya pada jiwa orang kaya berjaya saja.
Contohnya, setiap kali hadirnya tahun baru, selalu ada tanam azam baru. Setiap kali datangnya usia baru, juga ada tertanam impian baru.
Jadi, apa bezanya mereka dengan kita?
Tiada beza. Sama saja sebab kita manusia normal.
Cuma, azam dan impian orang ‘biasa-biasa’ akan tinggal bertaburan selepas 36jam pertama. Bukan pertama kali. Tapi suduh berpuluh-puluh kali, selari dengan usia.
Kenapa?
Kerana setiap perubahan untuk mencapai azam dan impian itu tidak boleh dilakukan dengan sendirinya.
Ianya perlu selari dengan perubahan TABIAT untuk mencapai AZAM dan IMPIAN yang dicitakan. Tabiat baru pula perlu diCIPTA untuk menyokong perlaksanaan.
Tabiat lama yang tidak produktif dan tidak menyokong perlaksanaan mencapat azam dan impian perlu diHENTIKAN. Manakala tabiat baru yang mendorong kenalah dibina sebaiknya.
Bolehkah tabiat sediada yang sudah serasi badi di dalam diri dihentikan?
Owh. Ini kerja berat.

You may also like

Leave A Comment

Please enter your name. Please enter an valid email address. Please enter message.