.

Dalam kajian seorang Pakar Psikologi Sweden, CG Jung, menyatakan karakter manusia bergantung kepada 4 dimensi ukuran yang signifikan.

Dipermudahkan oleh Myers Briggs melalui ujian MBTI mengukuhkan adanya perbezaan psikologi manusia yang dipecahkan kepada 16 jenis karakter melalui 4 dimensi itu.

Apa yang menarik mahu dikongsikan selari dengan tajuk entry kali ini adalah kecenderungan manusia menguruskan aktiviti kehidupan mereka.

Ia berkait rapat dengan ukuran dimensi yang keempat iaitu manusia secara amnya mempunyai 2 tabiat yang berbeza dalam mengendalikan aktiviti kehidupan mereka.

1.  Mereka yang sentiasa dalam keadaan siap sedia dengan perancangan terperinci.

Tak kiralah apa juga tugasan mahu pun perancangan baru, mereka jenis ini akan lekas mengambil pen dan kertas, membuat rujukan dan mencatat perjalanan tugasan satu persatu.

2. Mereka yang melakukan aktiviti kehidupan secara bersahaja, tanpa perancangan namun ambil tahu untuk mengenalpasti semua sumber yang diperlukan.

Take life easy. Yang penting semua kerja akan siap pada waktunya. Tiada masalah menangguh-nangguh kerjanya.

***

Karakter 1 dinamakan ‘Judging’ manakala karakter 2 adalah ‘Perceiving’.

Kedua-dua karakter manusia ini sangat penting untuk kita tahu samada sebagai ibubapa mahupun ketua jabatan  atau pendiri syarikat.

+ Adakah perancangan kerja yang  menggunakan jadual waktu kerja sesuai untuk pekerja berwatak 2?

+ Bagaimana pula pekerja berwatak 1 mampu menjalankan kerja ad-hoc yang perlu diselesaikan dalam waktu yang singkat/spontan?

(Bersambung)

www.seriaishah.com

#SeriAishah #kepemimpinan #leadership

You may also like

. Lanjutan entry terdahulu http://www.seriaishah.com/kepemimpinan-diri-dan-syarikat-ur… Mengetahui karakter anggota jabatan atau ahli pasukan akan membuatkan emosi SiKetua lebih harmoni. SiKetua akan tahu tempat terbaik di dalam organisasi untuk memposisikan ahli pasukan berdasarkan karakter psikologi mereka. SiKetua juga akan dapat menjangkakan keputusan tugasan tanpa perlu kerap memantau tugasan ahli pasukan. Apabila membincangkan perihal karakter individu, ia bukanlah […]
Read More
KEPEMIMPINAN MENGATUR STRATEGI  SPIDERMAN dan nasi lemaknya ini mengimbas ingatan tatkala bertalaqi mendengar butiran mutiara dari Tuan Shahrul Bear Gpc beberapa hari yang lalu. Kisah bagaimana seorang rakan beliau, Ahmad (bukan nama sebenar) yang mahu memulakan hidup setelah menerima VSS. Seperti biasa, menceburi bidang perniagaan adalah langkah paling mudah untuk difikirkan. Lebih-lebih lagi apabila wang […]
Read More
Ramai berkata, kehidupan ialah sebuah perjalanan yang tidak pernah berhenti. Tatkala ia berhenti, itu MATI. Dalam sebuah buku yang dibaca, perjalanan tanpa henti ini membuat manusia akan sentiasa merencana untuk merubah kehidupan mereka kepada yang lebih baik. Ya, benar. Rata-rata mereka yang berjaya, akan sentiasa menambahbaik diri, tanpa mengira sebagus manapun keadaan mereka pada ketika […]
Read More

Leave A Comment

Please enter your name. Please enter an valid email address. Please enter message.