.

Lanjutan entry terdahulu
http://www.seriaishah.com/kepemimpinan-diri-dan-syarikat-ur…

Mengetahui karakter anggota jabatan atau ahli pasukan akan membuatkan emosi SiKetua lebih harmoni.

SiKetua akan tahu tempat terbaik di dalam organisasi untuk memposisikan ahli pasukan berdasarkan karakter psikologi mereka.

SiKetua juga akan dapat menjangkakan keputusan tugasan tanpa perlu kerap memantau tugasan ahli pasukan.

Apabila membincangkan perihal karakter individu, ia bukanlah satu medium untuk melihat kelemahan mereka. Tetapi, yang lebih penting adalah, apakah kecenderungan yang dimiliki individu tersebut tatkala menghadapi situasi.

Tidak bermakna individu berkarakter Perceiving mempunyai masalah untuk membuat tugasan yang memerlukan penyusunan aktiviti seperti Pengurusan Projek.

Juga tidak pula individu Judging sukar menangani krisis atau melaksanakan tugas dalam suasana kecemasan.

Apa yang diperlukan di dalam menjalankan tugas seperti Pengurusan Projek itu adalah ‘kompetensi’ yang boleh dipelajari, dilatih dan dikuasai.

Karakter ialah kecenderungan. Analogi terbaik untuk memahami kecenderungan adalah dengan melihat keupayaan diri sendiri.

Ambil sebuah pen dan menulislah dengan mengunakan kedua-dua belah tangan kanan dan kiri secara bergilir-gilir.

Apakah kecenderungan menulis bagi anda? Menggunakan tangan kanan atau tangan kiri?

Tidak cenderung bukan bermakna tidak boleh.

www.seriaishah.com

(Bersambung)

‪#‎SeriAishah‬ ‪#‎kepemimpinan‬ ‪#‎leadership‬

You may also like

Leave A Comment

Please enter your name. Please enter an valid email address. Please enter message.