.

Apabila bercerita tentang pemasaran, samada pemasaran online atau offline, BLOG adalah satu platform yang sangat penting untuk semua pemilik bisnes.

Statistik menunjukkan 95% dari pencarian kepada produk adalah melalui ‘search engine’ samada bagi pembelian online atau offline.

Dengan pelbagai kemudahan ditangan, seperti smartfon dan tablet, para pelanggan masakini lebih gemar membuat tinjauan dan memndapatkan maklumat ‘beforehand’ berkaitan harga dan lokasi produk tersebut boleh ditemui. Ini  dapat menjimatkan 100% masa dan pelbagai kos lain seperti pengangkutan dan tenaga.

Bayangkan, andai produk yang mereka cari itu adalah produk kita dan ianya dapat ditemui di web! Muka surat pertama carian google! Wah!! Umpama sekawan tebuan pulang ke sarang setelah mengisap madu.

Bagaimana membina channel melalui BLOG?

Melalui BLOG kita bercerita tentang produk kita. Bercerita tentang semua perkara yang mahu diketahui oleh pelanggan. Bercerita tentang apa yang pelanggan patut tahu. memandu pelanggan membeli dengan kita.

Persoalannya bagaimana penceritaan ini akan berlaku andai tiada ‘rumah’ disediakan untuk kita bercerita?

Maka, mendirikan rumah ini sangat penting bagi kita. Sediakan tempat untuk pelanggan melabuhkan minda mencari maklumat mereka perlu dirumah kita. Biarkan mereka merayau-rayau melihat produk kita. Andai maklumat yang mereka mahu ada di rumah kita, mudahlah mereka membuat keputusan apabila kita menawarkan produk tersebut untuk mereka miliki.

 

Membina BLOG ada pelbagai cara. Ada cara berbayar, ada cara PERCUMA. Terpulang pilihan masing-masing.

Hasilnya? SAMA. Ia bergantung sepenuhnya kepada konten atau isi kandungan BLOG kita.

 Bina BLOG percuma

BLOG PERCUMA seperti disediakan oleh blogger.com adalah satu tool yang sangat ringkas dan mudah digunakan. Hanya memerlukan email address dan semuanya beres. Beres bermaksud, tidak perlu tool wajib yang lain untuk membina BLOG.

Bina BLOG berbayar

Salah satu caranya adalah apabila kita  menggunakan domain. Contoh: seriaishah.com. Pemilik BLOG perlu membeli domain, hosting dan theme yang bersesuaian. pengoperasiannya juga mudah dengan tool wordpress.

 

Bina BLOG bersama kami.

Kami akan mengendalikan satu sessi BINA BLOG PERCUMA & ONLNE BRANDING pada 21 November ini di Shah Alam. Kepada yang berminat, sila bawa laptop masing-masing kerana ini sessi hands-on.

Tarikh akhir pendaftaran pada 19 November 2015 ini.

 

#SeriAishah #GuruBMC #kepemimpinan #leadership #CorporateTraining #SirahBasedLeadership

bina blog kelas bmc seri aishah guru bmc

 

You may also like

Leave A Comment

Please enter your name. Please enter an valid email address. Please enter message.