INTEGRASI PEMASARAN MEDIA SOSIAL

Pada program iPMS yang dijalankan 6 Feb yang lalu, peserta telah diberikan kunci dan formula bagaimana beberapa Social Network dapat di intergasikan untuk memudahkan pengurusan penyelenggaraan dan pemasaran.

Kini, Instagram (IG) dengan ramah tamah nya memberikan kemudahan mengurus beberapa akaun Instagram yang tuan puan miliki melalui satu applikasi IG sahaja.

Ya. Melalui satu applikasi Instagram yang boleh dikawal pada satu gajet/smartfon. Awesome isn’t it?

Sebelum ini, andai kita punya lebih dari satu akaun IG, kita perlu install instwogram sehingga insta5gram. Atau kita perlu memiliki lebih dari satu gajet/smartfon. Fuhh!

Bagaimana mahu melakukannya?

Berikut adalah 5 langkah mudah yang akan dikongsikan. Rujuk juga nombor di dalam gambar.

integrasi pemasaran media sosial

Langkah 1/ Gambar 1
Pergi ke HOME SCREEN IG. Perhatikan 3 titik menegak yang berada di penjuru atas sebelah kanan skrin. KLIK pada 3 titik menegak itu.

Langkah 2/ Gambar 2.
Tuan puan akan di bawa ke skrin OPTIONS. Skrol hingga ke ruang paling bawah sehingga berjumpa dengan perkataan “Add Account”. Klik pada perkataan itu.

Langkah 3/ Gambar 3
Skrin berwarna pink – turqoise – biru – jingga, bergili-gilir bertukar warna akan kelihatan. Masukkan Username & Password account IG sediaada (yang ke-2) pada ruang yang disediakan ATAU SignUp untuk membina account IG baru.

Langkah 4 / Gambar 4.
Apabila selesai, kembali ke HOME SCREEN. Perhatikan pula nama (Username) yang terletak di bahagian atas sebelah kiri. Akaun baru yang dimasukkan pada langkah 3 tadi sudah kelihatan.

KLIK pada bahagian username itu, dan satu drop screen akan keluar. Pada bila-bila masa, tuan puan boleh SWITCH ke akaun yang diperlukan.

Untuk menambah akaun baru (yang lain), pilih arahan “Add Account” di drop screen itu.

Langkah 5 / Gambar 5.
Apabila ada update berkaitan dengan salah satu akaun IG tuan puan, “Notification update” yang menggunakan username dalam bentuk [username] akan keluar di Skrin gajet tuan puan.

Dengan adanya kemudahan teknologi yang sebegini, pengurusan apllikasi media sosial akan lebih seronok. Ia akan meningkatkan keterujaan kita untuk lebih memberi manafaat kepada orang lain sekaligus menjana lebih pendapatan kepada syarikat.

Selamat Mencuba!

www.seriaishah.com

‪#‎IntegrasiPemasaranMediaSosial‬
‪#‎iPMS‬
‪#‎SeriAIshah‬
‪#‎GuruBMC‬

You may also like

Leave A Comment

Please enter your name. Please enter an valid email address. Please enter message.