.

Chairman ABS, Puan Ainon Muhd menulis tentang keperluan ilmu Business Model Canvas yang sebenar.

Dalam teori bisnes lama, kita disuruh fokus kepada produk. Fikirkan produk, produk, produk.

+ Produk apa yang hendak dijual
+ Produk apa yang kita hendak dibuat
+ Berapa kos mengeluarkan produk
+ Dari mana modal mahu dipinjam
+ Apa bahan-bahan yang akan digunakan
+ Apa nama hendak diberikan kepada produk
+ Apa kuasa-kuasa ajaib yang ada pada produk itu
+ Bandingkan dengan produk lain yang sama dalam pasaran

Belum apa-apa peniaga Melayu sudah mahu mengeluarkan produk.

Lalu banyaklah kursus-kursus dijalankan yang mengajar peniaga Melayu membuat produk itu, dan produk ini.

Lalu banyaklah penjual mesin membuat itu dan mesin membuat ini datang menjual mesin-mesin mereka itu kepada peniaga Melayu.

Lalu banyaklah mesin-mesin itu dibeli oleh peniaga Melayu, dan sekarang mesin-mesin itu duduk diam-diam dalam setor.
.
Macam-macam produk dibuat oleh peniaga Melayu. Hasilnya, kita dapat tengok banyaknya produk yang tidak pernah wujud sebelumnya, dan sekarang ini sudah dikeluarkan oleh syarikat-syarikat Melayu.

Sebagai contoh:

+ Ada produk kopi campuran keluaran syarikat Melayu. Di luar kotaknya disenaraikan 14 bahan yang digunakan dalam kopi itu. Salah satu bahan itu adalah susu kuda liar!

+ Ada seorang gadis Melayu baru berusia 22 tahun. Selepas menghadiri kursus-kursus pembuatan produk, dia mengeluarkan produk-produk kecantikannya sendiri! Hutang bank berpuluh ribu. Harga jualannya sangat tinggi. Stok tidak bergerak!
.
Dalam teori bisnes baru, kita disuruh fokus kepada pelanggan. Fikirkan pelanggan, pelanggan, pelanggan.

+ Pelanggan mahukan apa?
+ Apa masalah pelanggan?
+ Apa yang menyusahkan pelanggan?
+ Apa citarasa pelanggan?
+ Apa keinginan pelanggan?
+ Apa ketakutan pelanggan?
+ Pelanggan mahu yang macam mana?
+ Pelanggan tidak suka apa?

Selepas kita dapat menjawab persoalan-persoalan itu, barulah kita fikirkan produk dan servis yang macam apa yang kita mahu tawarkan kepada pelanggan.

You may also like

Leave A Comment

Please enter your name. Please enter an valid email address. Please enter message.