10 TEKNIK MEMPENGARUHI [#1 APPEALING TO VALUE]

Skil Mempengaruhi adalah satu seni untuk mendapat persetujuan pihak yang dipengaruh itu melakukan apa yang kita mahu.

Pernah tak ada ketika, apabila kita mahu memujuk seseorang melakukan sesuatu perkara untuk kita, adakala mudah, adakala susah?

Andai mudah, sebenarnya ia ada kaitan dengan pemilihan teknik yang digunakan pada ketika itu, sesuai dengan personaliti orang yang dipengaruhi itu.

Begitu juga sebaliknya. Andai usaha yang kita gunakan, sukar mendapat persetujuan, bermakna, keperluan pihak yang mahu dipengaruhi itu tidak dipenuhi melalui teknik yang kita gunakan.

Semuanya berlaku tanpa kita sedari. Betul kan?

Disebalik kejayaan dan kegagalan sessi mempengaruhi, sebenarnya ada kaitan dengan jenis psikologi individu yang menerima arahan.

Memilih teknik yang bersesuaian dan tepat dengan jenis psikologi, akan membuatkan seseorang itu bersetuju untuk bekerjasama dengan kita dalam tempoh waktu yang singkat dan lebih berkesan.

Katakuncinya, mencapai persetujuan.
Di entry bersiri kali ini KakSeri akan kongsikan pula 10 Positif Teknik Mempengaruhi yang berkait secara langsung dengan karakter MBTI setiap individu. Teknik ini sudah diuji dan disahkan keberkesanannya.

Bagaimana teknik ini bertindakbalas kepada sesuatu karakter personaliti?

Secara dasarnya, teknik mempengaruhi ini terbahagi kepada 3 bahagian.
Teknik Mempengaruhi Emosional. Teknik Mempengaruhi Sosial. Teknik Mempengaruhi Rasional

“Appealing to Value” adalah salah satu teknik di dalam kategori Teknik Mempengaruhi Emosional. Ini teknik mencuri hati. Kata mat saleh “ From the heart to the head”.

Kita haruslah tahu, apakah value atau nilai yang paling penting kepada orang yang mahu dipengaruhi. Sebelum perjumpaan, mungkin kita perlu faham dan tahu nilai-nilai yang penting kepada mereka. Supaya nilai yang akan kita sampaikan, akan diterima baik dan memberi kesan mendalam kepada mereka.

Seseorang yang mempunyai nilai empati yang tinggi, amat sesuai menggunakan teknik ini. Dia akan lebih mudah memahami perasaan dan emosi pihak yang mahu dipengaruhi, seterusnya mudah mencapai persetujuan tentang sesuatu perkara.

Teknik ini sebenarnya adalah teknik yang paling mudah untuk mempengaruhi orang lain, namun awas! andai apa yang kita sampaikan tidak sama seperti apa yang kita lakukan, ianya akan cepat menjatuhkan kredibiliti. Pastikan, setiap masa apa yang kita kata harus selari dengan apa yang kita lakukan.

Menggunakan ekspresi, lenggok badan, mimik muka yang baik, lontaran suara yang dinamik dan cara penyampaian yang ikhlas akan memaksimakan penerimaan yang berkesan.

Appealing to Value ini kebiasaannya digemari dan berkesan digunakan oleh ahli poilitik, pengurusan kanan syarikat, ketua agama dan juga figura umum (public figure).

Mengikut jenis psikologi personaliti MBTI, siapakah sebenarnya yang amat terpengaruh dengan teknik ini?
Mereka yang berpesonaliti INFJ dan INFP. Juga memberi kesan kepada personality lainnya.

Namun, bagi mereka yang berpesonaliti ISTJ, ISTP, ESTJ, ESTP, ‘Appealing to Value’ bukan umpan mereka.

#SBL
#seminarPearls
#KakSeri
#SeriAishah
#CorporateTraining

INFLUENCE TECHNIQUES seriaishah.com

"]

You may also like

Leave A Comment

Please enter your name. Please enter an valid email address. Please enter message.